Tien Quan Ca

Berkawat Menuju Medan Pertempuran (Bahasa Vietnam: Tiến Quân Ca) ialah lagu kebangsaan Vietnam. Ia ditulis dan digubah oleh Nguyen Van Cao (1923-1995) pada 1944, dan diterima sebagai lagu kebangsaan bagi Republik Demokratik Vietnam pada 1945. Ia menjadi lagu kebangsaan Republik Sosialis Vietnam pada 1976. Walaupun lagu ini sebanyak 2 rangkap, hanya rangkap pertama yang dinyanyikan kerana rangkap yang kedua tidak sesuai untuk sebuah negara Vietnam yang kini sudah merdeka.